31 August 2010

Negara Sudah Merdeka, Kita Bagaimana?


i. Ramai kalangan generasi muda kita tidak banyak mengetahui susur galur sejarah kemerdekaan negara.

ii. Hal sama berlaku juga di peringkat sekolah. Sejarah bukan lagi subjek yang diminati oleh kebanyakan pelajar, tetapi terpaksa mengambilnya kerana ia menjadi subjek teras.

iii. Fokus kemerdekaan kita juga seakan-akan mengetepikan jasa-jasa pejuang/pahlawan tanah air. Tidak banyak yang ditonjolkan tentang jasa dan sumbangan mereka. Kini Mat Kilau, Tok Janggut, Datuk Bahaman dan ramai lagi pejuang makin asing, terutama kepada generasi muda.

iv. Ramai yang memahami bahawa kita mencapai kemerdekaan melalui rundingan hasil perjuangan YM Tunku Abd Rahman (TAR) dan UMNO pula dilihat sebagai satu-satunya pertubuhan yang bertanggungjawab mencetuskan suara kemerdekaan. Walhal ramai pihak dan pertubuhan lain turut berjuang.

v. Sejarah perjuangan rakyat patut kita dedahkan dari awal negara dijajah. Perjuangan yang berbeza-beza latar dan caranya. Ini mampu memberikan kesedaran bahawa kemerdekaan yang kita kecapi hari ini adalah manifestasi perjuangan darah dan air mata pahlawan lalu, yang akhirnya membawa kepada proses kemerdekaan yang dijayakan oleh YM TAR.

vi. Kita perlu ikhlas dalam mengkisahkan sejarah negara. Perlu juga ikhlas merungkaikan perihal pentingnya perpaduan dalam memastikan kedaulatan negara terjamin. Kita memerlukan slogan untuk membangkitkan jati diri dan semangat kekitaan dalam kalangan rakyat berbilang bangsa, tetapi dalam usaha menjayakannya kita wajib mengawal dan mengetepikan sikap suka menunjukkan suara dan semangat perkauman masing-masing.

Teka Teki Imam Al-Ghazali

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau memberikan beberapa pertanyaan yang unik.

Imam Ghazali= Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?
Murid 1 = Orang tua
Murid 2 = Guru
Murid 3 = Teman
Murid 4 = Kaum kerabat
Imam Ghazali = Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati (Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali = Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini?
Murid 1 = Negeri Cina
Murid 2 = Bulan
Murid 3 = Matahari
Murid 4 = Bintang-bintang
Iman Ghazali = Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

Iman Ghazali = Apa yang paling besar didunia ini?
Murid 1 = Gunung
Murid 2 = Matahari
Murid 3 = Bumi
Imam Ghazali = Semua jawapan itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A’raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.

Iman Ghazali = Apa yang paling berat di dunia?
Murid 1 = Baja
Murid 2 = Besi
Murid 3 = Gajah
Imam Ghazali = "Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah"

Imam Ghazali = Apa yang paling ringan di dunia ini?
Murid 1 = Kapas
Murid 2 = Angin
Murid 3 = Debu
Murid 4 = Daun-daun
Imam Ghazali = "Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat"

Imam Ghazali = Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?
Murid- Murid dengan serentak menjawab = Pedang
Imam Ghazali = "tu benar, tapi yang paling tajam sekali di dunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudah menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri"

.......
Sumber: Warta365

07 August 2010

Beringat Apabila Gila Ber'Facebook'

Kegilaan! Saya tidak nafikan istilah itu. Saya sendiri pernah kegilaan. Gila web, gila blog, gila html, gila php dan termasuklah gila Facebook. (Maaflah, jika tajuk entri ini agak keterlaluan)

Hakikatnya daripada kegilaan itulah saya mendapat banyak ilmu dan kemahiran hal-hal web, blog, html, php. Malahan kemahiran ict saya juga hampir 95% saya peroleh melalui maklumat dalam talian. Caranya mudah, jangan takut cuba dan gagal, dan jangan malas membuat carian.

Itulah kegilaan! Namun dalam entri ini saya sekadar mahu berkongsi beberapa pesanan berkaitan penggunaan Facebook - Jaringan sosial yang terhangat! ketika ini.

Sumber imej: zonbebas.com
Baca juga di sini:

Kegilaan saya berFacebook makin berkurangan. Tidak ada sebab yang jelas, tetapi yang pasti saya tidak mempunyai masa yang banyak (inilah sebabnya! hehehe...) untuk berFacebook ketika ini.

  © Blogger template 'Personal Blog' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP