05 October 2009

Janganlah Goyah Kawan!

Jika anda yakin perjuangan anda benar, teruskanlah dan tetapkan pendirian!

Jangan sesekali goyah apabila teman anda sendiri mula berpaling tadah kerana mempercayai kebenaran di pihak lain atau pun kononnya berprinsip 'belas kasihan' dan 'memaafkan'.

Sepanjang itu; yang berpihak pada anda, yang tidak bersetuju dengan anda, dan yang seperti lalang sifatnya atau yang atas pagar kononnya, akan memerhatikan anda...

Apabila perjuangan anda berhasil, ramai yang akan suka, tentu juga ada yang tidak ceria. Jangan harapkan pujian dan terima kasih atau sekalung tahniah kerana anda sukar untuk mendengarnya.

Anda akan rasa bahagia apabila ada yang datang secara peribadi dan mengungkapkan "Anda memang orang yang berani!", "Tidak goyah sama sekali", "Salam pejuang, matlamat tercapai akhirnya." dan berbagai-bagai lagi...

Yang pasti anda perlu sentiasa berhati-hati...perjuangan bukan untuk membuka aib tetapi mencari kebenaran. Apabila matlamat sudah tercapai, maka tutuplah cerita-cerita yang berulang atau datang sesudahnya...

Kata saya, buka buku baru...

3 ulasan:

a kl citizen 07 October, 2009 21:33  

assalammualaikum

setuju sangat

mendewa 08 October, 2009 00:17  

hakikatnya susah dan banyak cabaran untuk bersikap sedemikian. itulah cabaran pendirian diri.

abu muaz 08 October, 2009 07:48  

ya... ramai yang bersikap seperti lalang.Manusia mestilah mencari dan memilih yang mendatangkan untung sahaja,...

  © Blogger template 'Personal Blog' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP