Yakinlah dengan Upaya Bahasa Melayu!
Sebaik membuka e-akhbar Utusan Online dan melihat tajuk-tajuk berita, saya tertarik dengan tajuk ini "Bahasa bukan penghalang ekonomi" yang diletakkan dalam kolum Ekonomi.
Bahasa bukanlah halangan utama bagi Malaysia untuk mencapai ekonomi berlandaskan pengetahuan menjelang 2020 dan negara ini berada pada landasan yang betul ke arah mencapai status negara maju dalam kira-kira 10 tahun lagi."Bahasa mungkin menjadi masalah tetapi ada cara untuk mengatasinya," kata wakil residen Program Pembangunan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP), Kamal Malhotra di Putrajaya hari ini."Korea adalah contoh yang sangat baik tentang sebuah negara yang menggunakan bahasanya sendiri tetapi bagi teknologi tinggi, banyak jurnal sains dan yang lain telah diterjemahkan daripada bahasa Inggeris," katanya.Terdahulu, Malhotra menyampaikan ucapan pengenalan pada "Seminar Kandungan Pengetahuan dalam Sektor Ekonomi Utama di Malaysia Fasa II" di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya."Anda perlu bina keseluruhan prasarana untuk menterjemah (sumber-sumber pengetahuan) ke dalam Bahasa Malaysia. Terjemahkan sumber-sumber pengetahuan terbaik, yang paling berkesan dari seluruh dunia," katanya.Beliau berkata sepanjang pengetahuannya, "ini tidak berlaku di Malaysia tetapi ini memang ada berlaku secara konsisten dalam tempoh yang panjang di Korea dan sudahpun berlaku dalam sejarah China dan Jepun".Pada seminar itu, hasil Kajian Kandungan Pengetahuan Fasa II menunjukkan bahawa kekangan kewangan dan kekurangan pekerja yang bertutur dalam bahasa Inggeris merupakan keterbatasan yang paling lumrah bagi menambah baik penggunaan kandungan pengetahuan, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan kemahiran pekerja.Kajian itu dijalankan kerana Malaysia menetapkan wawasannya untuk menjadi ekonomi berlandaskan pengetahuan, justeru perlu dinilai kesediaan dan kemajuan pengetahuan negara ini dari semasa ke semasa pada peringkat industri.Kajian itu juga mendapati sektor pertanian paling berkemungkinan menunjukkan masalah-masalah yang disenaraikan manakala industri kelengkapan pengangkutan dan automotif berkemungkinan paling besar menunjukkan kekangan dalam bidang peningkatan ICT dan kemahiran.Fasa kedua penilaian kandungan pengetahuan adalah berdasarkan Kajian Kandungan Pengetahuan Fasa I, yang dijalankan pada 2007 di kalangan 2,433 firma dalam 21 industri.Kaji selidik itu dikendalikan oleh Jabatan Perangkaan dan Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama Georgia Institute of Technology of America.Kajian fasa kedua menggunakan rangka kerja yang dimajukan dalam fasa pertama bagi menilai kemajuan tahap kandungan pengetahuan dan kekangan sektor ekonomi utama di Malaysia terhadap perkembangan ekonomi berlandaskan pengetahuan."Jika anda mahu menggunakan bahasa anda sendiri, ada banyak perkara yang anda perlu lakukan. Jika mahu setanding dengan yang lain, anda perlu menerbitkan jurnal sains dan yang lain," tegas Malhotra."Ini tidak bererti bahasa Inggeris tidak penting. Ia memang penting bagi komunikasi dalam dunia globalisasi tetapi ada isu-isu lain yang, barangkali, lebih penting," kata beliau.Seminar itu dirasmikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk S. K. Devamany, yang berkata, Malaysia sedang berada di landasan ke arah ekonomi berlandaskan pengetahuan menjelang 2020, tetapi ini bergantung kepada "azam politik'."Bahasa Inggeris adalah komponen penting yang mencerminkan prestasi berhubung ekonomi berlandaskan pengetahuan dan keupayaan manusia. Jepun, China dan Korea menggunakan bahasa mereka sendiri untuk memacu ekonomi ke tahap negara maju," katanya."Ini merupakan pendapat yang bercanggah. Yang satu menyatakan bahasa Inggeris menjadi masalah kerana pengetahuan diraih daripada bahasa itu, tetapi di sini bahasa Inggeris bukan masalah bagi pembangunan di negara ini," ujar beliau. - Bernama
Kita sudah "memandang ke timur", tetapi mungkin kita tidak sedar bahawa mereka maju dan berdaya saing dalam ekonomi kerana mereka menggunakan bahasa ibunda, atau kita sebenarnya tidak yakin dengan upaya bahasa Melayu untuk menunjangi bidang ilmu dan memacu pembangunan negara.
6 ulasan:
Salam.
Perkara utama jika hendak meletakkan bahasa Melayu setinggi itu adalah 'memastikan para menteri kita yakin dengan upaya bahasa Melayu'. Selagi golongan pemimpin ini memandang rendah bahasa Melayu dan mengagungkan bahasa asing, selagi itulah bahasa Melayu akan kekal seperti hari ini - gah hanya pada namanya sahaja. Kita boleh berusaha, kita boleh berubah tetapi kuasa di tangan mereka. PPSMI adalah contoh mudah di mana kuasa boleh melenyapkan segala iltizam kita.
Marniyati:
Bahasa kita menjadi alat politik? Saya rasa begitulah...bahasa Melayu akan mendapat tempat apabila ada keuntungan politik dan kuasa pada mereka itu.
Jika orang politik yang menentukan kedudukan bahasa Melayu, itulah yang terjadi.
Pernah guru saya kata, "Selagi kita bermimpi cakap Melayu, selagi itu bahasa Melayu tak hilang dari fikiran."
ITULAH MASALAHNYA....ISU BAHASA DIPOLITIKKAN
TENTANG ISU PPSMI SEBAGAI CONTOH....BEKAS MENTERI PELAJARAN SENDIRI KATA IA MERUGIKAN PADAHAL MASA DIA PEGANG POST TU DIA KATA PPSMI BAGUS
Guru Cikgu:
Bukan kedudukan bahasa Melayu yang ditentukan, sebaliknya kedudukan dan kuasa mereka, saya rasa begitulah...pada mereka nak jadi apa, jadilah pada bahasa Melayu.
Wan Norizan
Saya teringat pantun SN Usman Awang:
Siakap senohong gelama ikan duri
Bercakap bohong lama-lama jadi ........
Jangan sesekali ragu akan bahasa ibunda kita, jelas yang meragui itu pasti punyai sekelumit darah dari keturunan selain asli pribumi nusantara. Kalian pasti percaya tatkala melihat susurgalor leluhur mereka yang sentiasa meragui Bahasa Melayu. Dipersilakan.
Mari semua disini kita cantas sikap dukalara dan kesedihan jauh hati seolah olah Bahasa Melayu ini tiada mendapat tempat, maka jikalo itu sifatnya, maka di lembar bicara ini bermulanya Bahasa Melayu tinggi!
Ayuh semua bersemangat, karena kita gentar akan gertak binasa pihak lawan yang sentiasa melecehkan Bahasa Melayu, tergadai maruah itu sudah hampir pasti, namun, kita mampu nafikan hasrat keji mereka itu! Ayuh semua bersemangat menyemarak Bahasa Melayu!
Jikalo Bahasa Melayu tidak mendapat tempat di kerajaan, kita warga kebanyakan akan memberikan tempat tertinggi untuk bahasa keturunan kita ini! Ayuh semua, berhenti melukut tepian gantang karena jelas ia mempersia.
Bahasa Melayu darah keturunanku!
-SuluhMalaya
Post a Comment