29 August 2009

Semangat Patriotisme Rendah kerana Abaikan Agama

Beberapa hari lagi negara kita akan menyambut ulang tahun kemerdekaan ke-52. Suasana dan kehangatan sambutan mungkin tidak sehebat beberapa tahun sebelum ini. Kibaran Jalur Gemilang masih tidak semeriah dahulu. Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia, Datuk Seri Rais Yatim melahirkan rasa kesal dan menyifatkan kebanyakan rakyat masih mempunyai tahap patriotisme yang rendah (Utusan Malaysia, 29 Ogos 2009):
''Apa yang dikesalkan, ramai yang mampu membeli rokok pada harga RM6.80 sekotak, tetapi keberatan mendapatkan sehelai bendera kecil yang berharga tidak lebih daripada RM3."

''Agihan bendera secara percuma memanglah boleh dilakukan sesekali, tetapi apa yang lebih penting, kita haruslah menyemai semangat cintakan negara dalam keluarga masing-masing," katanya.

Menurut Datuk Seri Rais Yatim, acara sambutan malam kemerdekaan tahun ini juga jauh berbeza dari sambutan sebelumnya. Fokus sambutan lebih kepada upacara keagamaan.
''Ini kali pertama sambutan Hari Kemerdekaan menumpukan kepada aspek keagamaan dan akan diteruskan pada tahun-tahun yang akan datang," ujar beliau.

Itulah saranan yang telah dilaungkan oleh banyak pihak dan individu yang prihatin dengan pelbagai gejala sosial yang wujud akibat daripada sambutan kemerdekaan sebelum ini yang lebih bersifat hiburan dan keseronokan sahaja. Pengisian sambutan yang dipenuhi dengan hiburan dan keseronokan telah menjauhkan kesedaran generasi kita terhadap erti kemerdekaan. Hasilnya, hari kemerdekaan dinanti-nantikan sebagai hari untuk berlibur sahaja. Tahap patriotisme rakyat juga tidak dapat ditingkatkan.

Kesedaran kerajaan seperti digambarkan oleh Datuk Seri Rais Yatim diharap menjadi amalan berterusan ke arah sambutan kemerdekaan yang lebih berhemah dan dapat mewujudkan kesedaran serta memupuk semangat patriotisme dalam kalangan pelbagai lapisan rakyat dan kaum di negara kita.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Cintakan tanah air itu sebahagian daripada iman.” (Riwayat Bukhari dan Muslim).

7 ulasan:

patriotic shock 29 August, 2009 15:54  

Teori hubungkait patriotisme dengan nilai keagamaan agak janggal. Lebif sesuai kalau dibuat komparatif dengan indeks kepuasan (atau ketidakpuasan?) rakyat.

mendewa 30 August, 2009 13:49  

Tuan patriotic shock
Benar apa yang tuan utarakan. Indeks kepuasan/ketidakpuasan lebih relevan untuk melihat tahap patriotisme. Namun saya berpendapat penghayatan aspek-aspek keagamaan tidak wajar dikesampingkan terutama dalam acara-acara sambutan kemerdekaan. Lunturnya penghayatan kepada aspek keagamaan merupakan punca kepada berleluasanya gejala sosial. Jadi ada ruang untuk diperbincangkan tanpa menolak aspek-aspek lain.

mantan 31 August, 2009 19:10  

Timbul kecelaruan dalam penghayatan kemerdekaan dan semangat patriotisme kerana mengabaikan aspek keagamaan itulah.

mendewa 01 September, 2009 23:11  

mantan
Itulah yang seolah-olah dilupakan oleh kebanyakan kita. Hal-hal keagamaan selalunya menjadi yang kedua setelah didahului dengan hiburan dan keseronokan.

a kl citizen 02 September, 2009 20:18  

anak-anak murid sendiri yang di sek. menengah juga ramai tak puasa....
tak tahulah nak cakap apa
cuma mengingatkan shaja...

mendewa 03 September, 2009 12:25  

a akl citizen;
Penerapan nilai di sekolah perlu diteruskan tanpa jemu. Kita juga perlu berusaha memerdekakan anak murid yang sedemikian sikapnya.

ZULKIFLI BIN MOHAMED 17 September, 2009 18:08  

Salam Mendewa,

"salam Syawal yang jernih".

  © Blogger template 'Personal Blog' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP