Apabila dunia tanpa sempadan...

Penjawat awam dilarang guna modem untuk capaian terus Internet
16/06/2009 6:37pm
(Utusan Malaysia Online)
KUALA LUMPUR 16 Jun — Penjawat awam dilarang menggunakan kemudahan modem untuk membuat capaian terus ke Internet kerana ia melanggar Garis Panduan Mengenai Tatacara Penggunaan Internet dan Mel Elektronik di agensi-agensi kerajaan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Garis panduan itu yang dikeluarkan pada 2003, adalah sebagai panduan kepada penjawat awam dalam penggunaan Internet, kata Perdana Menteri dalam jawapan bertulis kepada soalan Teresa Kok (DAP-Seputeh) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Aktiviti lain yang melanggar tatacara pengguna Internet di pejabat kerajaan termasuk menyedia, memuat naik, memuat turun dan menyimpan gambar, lagu atau teks yang bercorak penentangan yang boleh membawa keadaan huru-hara dan menakutkan pengguna Internet yang lain, katanya. Penjawat awam juga dilarang menyalahgunakan kemudahan perbincangan awam secara online seperti newsgroup dan bulletin board, menggunakan kemudahan ’chatting’ melalui internet, menggunakan kemudahan Internet untuk tujuan peribadi dan menjalankan aktiviti komersil dan politik.
3 ulasan:
Mendewa,
Terima kasih kerana menulis komentar di blog saya.
1. Sejak 2003, selepas peraturan itu "dikuatkuasakan", dapatkah dikenalpasti berapa ramai yang patuh kepada peraturan tersebut. Siapakah yang bertanggungjawab memastikan peraturan itu dipatuhi? (Ketua Jabatan?). Jika mereka ini 'buta komputer' apakah mereka 'rasa tidak malu' untuk mengambil tindakan?
2. Yang kita tahu ialah, beberapa blogger yang sudah diambil tindakan (memang wajar pun)dan menjadi pelarian, tetapi masih menggunakan kemudahan teknologi (kerana tiada sempadan) untuk melakukan apa yang mereka mahu hatta melanggar undang-undang dan peraturan.
3. Sempadan dunia ini , hanyalah ciptaan manusia. Maka wajarlah manusia bertanggungjawab kepada "persempadanan" itu.
4. Memang tidak boleh 'salahguna', tetapi di manakah ada 'betulguna' atau 'benarguna'nya?
Untuk renungan: "Banyak orang menyongsang jalan sehala, meredah lampu isyarat apabila merah dan memintas kenderaan di garis berkembar ketika ketiadaan polis atau penguatkuasa! Mereka patut menyaman diri sendiri!"
Have a nice day! Wah, Bahasa Inggeris pulak saya ni!
Betul tu mantan..saya yang terlibat secara langsung dengan hal ehwal ICT di Jabatan kerajaan ini pun terasa ketidaklogikan arahan tersebut..betul..boleh buat arahan..tetapi dari segi penguatkuasaan...sapa boleh tahan? Kerja saya yg melibatkan bina laman web pun lebih cepat kalau guna capaian terus banding dgn network dalaman..macam hampeh..!
mantan & cilibo: peraturan perlu untuk menjadi sempadan namun keberkesanannya bergantung kepada penguatkuasaan...balik-balik terpulang kepada diri sendiri.
kadang-kadang ketidakberkesanan peraturan adalah disebabkan oleh peraturan yang diwujudkan dengan tujuan dan kepentingan tertentu...
Post a Comment