04 May 2009

Yang mengghairahkan...

i

Ada pelajar saya menghabiskan bacaan sebuah novel kontemporari cinta romantis dalam masa dua hari, tetapi belum lagi membaca sampai habis novel (Komponen Sastera) yang perlu semenjak dari tingkatan 1 hinggalah di tingkatan 4 sekarang.

Boleh dibilang mereka yang benar-benar membaca. Itu pun mengambil masa beberapa hari untuk menghabiskan bacaannya, malahan ada yang sampai sebulan lamanya.

Bukanlah pelik, kenapa begitu jadinya? Setahun lalu isu novel-novel KOMSAS ini pernah berbangkit, hinggakan sampai beberapa naskhah baru telah dipilih untuk menggantikan naskhah yang dikatakan tidak menarik itu. Namun usaha itu terhenti apabila timbul polemik lain dalam isu yang sama.

ii
Dalam satu aktiviti melibatkan semua pelajar, saya membacakan dua pantun berikut:
Tingkap papan kayu bersegi,
Sampan sakat di Pulau Angsa;
Indah tampan kerana budi,
Tinggi bangsa kerana bahasa.
Reaksi pelajar biasa-biasa sahaja.
Tanam pinang rapat-rapat,
Biar puyuh tidak dapat berlari;
Kupinang-pinang tak dapat,
Kupujuk-pujuk kuajak lari.
Tetapi sebaik habis pantun ini suasananya riuh, ada yang tersengeh dan ada yang tersenyum.

iii
Hal-hal yang berunsur cinta dan romantis akan cepat menarik dan mendapat perhatian. Yang mengghairahkan akan menimbulkan reaksi segera...

11 ulasan:

Mohd Isa bin Abd Razak 05 May, 2009 08:39  

Salam.

Coretan ini menarik dan bermakna - perlu terus menjadi renungan kita.

Wassalam.

Marniyati 05 May, 2009 09:46  

Membaca adalah aktiviti yang tidak begitu menarik di kalangan remaja berbanding dengan menonton. Apabila terlalu banyak yang 'mengghairahkan' ditonton oleh remaja di kaca tv, maka mereka mendambakan yang serupa melalui apa yang mereka baca.

Membentuk minda dan jiwa remaja bukanlah satu usaha 'sekerat-sekerat' malah ia perlu bersepadu, dari segenap aspek kehidupan.

Tidak keterlaluan dikatakan, media yang berteraskan hiburan di Tanah MElayu ini telah menguasai minda dan jiwa mereka.

Inilah yang sebenarnya berlaku.

Maaf ya, tuan rumah. Saya membebel macam berada di rumah sendiri pula! Hehehee...

milimilo 05 May, 2009 10:33  

budak2 ni kalau bnde hiburan.laju je..mungkin kne buat cara pmblajaran yg mnarik sikit kot

WAN NORIZAN BIN WAN OTHMAN 05 May, 2009 19:06  

SALAM... BIASA LE... KALAU AKTIVITI KERKAITAN HIBURAN, BEREBUT PENAJA MAHU SPONSOR TAPI KALAU AKTIVITI LAIN......HAMPAS....

jane 05 May, 2009 22:08  

salam mendewa,

yang gitu2 memang deme suka!! hehe!
ajor pendidikan khas, yang down syndrome kena jaga. pantang lepa, kita diraba...

bayan 06 May, 2009 22:05  

Sastera dan bahasa-bahasanya serta cerita-ceritanya tidak menjadi budaya kerana bahan sastera kita sangat sedikit.

Hal ini pernah dibincangkan semasa kongres Melayu dahulu.

Katanya, jika kita perbanyakkan buku berunsur sastera dan bahan yang tinggi nilai isi dan bahasanya, serta meletakkannya bukan hanya dengan satu medium iaitu buku, maka sastera dan bahasa-ceritanya akan menjadi budaya yang kental dalam jiwa rakyat.

Jadinya, memartabatkan sastera dan isi kandungannya, nilai dan budayanya yang tinggi harus dengan pelbagai medium yang akan banyak membantu.

Contohnya, ada buku tentang Hang Tuah. Makanya, harus ada banyak filem Hang Tuah dibuat dengan pelbagai versi. Serta banyak drama dan pementasan dan lain-lain dibuat untuk memahamkan lagi pelajar dengan apa yang mahu kita sampaikan dalam cerita Hang Tuah itu. Gunakan semua kemudahan dan keupayaan kita.

Itulah yang dilakukan oleh pengkarya Barat dalam menaikkan minat rakyatnya dalam hal sastera ini.

Saya kira begitu.

[fuhhh...panjang kan? Maaf!]

mendewa 07 May, 2009 17:36  

Mohd Isa bin Abd RazakTerima kasih tuan. Mudah-mudahan kita mampu membawa kebaikan kepada orang lain. Tidak banyak, sedikit pun sudah memberikan impaknya.

MarniyatiTidak salah memberi pandangan yang bermanfaat di ‘rumah’ saya ini.
Usaha bersepadu memerlukan penglibatan menyeluruh semua pihak, di sekolah tentulah guru-guru dan di rumah wajiblah ibu bapa...Di sekolah lingkungan pengaruhnya dalam persekitaran sekolah yang sudah tentu dapat dikawal, tetapi di rumah pengaruhnya mengjangkau ke luar rumah...anak-anak sudah tentu beban utamanya pada ibu bapa. Bersyukurlah kerana banyak guru yang benar-benar komited terhadap usaha menjaga tingkah anak didiknya bukan sekadar mengajar menghabiskan silibus semata.

mendewa 07 May, 2009 17:36  

milimilo & WAN NORIZAN BIN WAN OTHMAN :
mentaliti kita ialah hiburan...realitinya apa-apa saja majlis akan diselitkan selingan dengan pelbagai jenis acara yang menghiburkan. Dimulakan dengan doa, dihiburkan dengan hiburan...disudahi dengan nyanyian...mudah-mudahan majlis mendapat keberkatan...????

jane :
anak-anak istimewa, cikgunya juga ada yang istimewa. Beruntunglah cikgu antara yang mendapat peluang mendidik anak-anak istimewa ini....memang banyak cabarannya...isteri saya juga mengajar anak istimewa...banyak ceritanya dan saya suka mendengarnya.

mendewa 07 May, 2009 17:37  

bayan :
Terima kasih puan kerana sudi berkongsi pendapat...mudah-mudahan naskhah agung karya sasterawan kita boleh diketengahkan dalam pelbagai bentuk paparannya selain buku semata. Umpamanya “Ranjau Sepanjang Jalan” novel SN Shahnon yang menarik olahan ceritanya apabila di layar perakkan...Tapi dalam soal ini juga, saingannya adalah karya-karya filem yang berunsur romantis di samping filem komedi yang sekadar suka-suka saja...

Lumut Pagi 08 May, 2009 13:55  

Cinta itu mengajar...!

mendewa 09 May, 2009 00:05  

Lumut PagiCinta itu mendewasakan...:-)

  © Blogger template 'Personal Blog' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP