Ludahlah muka sendiri
i
Satu Malaysia dah tahu
...siapa MB Haram?
dan
...siapa kemaruk kuasa?
ii
Semalam ada cerita ini:
PEMBANGKANG PERLU PATUH PERLEMBAGAAN – berita hairan
IPOH 10 Mei - Menteri Kewangan II, Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah menasihatkan pemimpin pakatan parti pembangkang agar bertindak mengikut perlembagaan dan undang-undang jika ingin mendapatkan kembali kuasa bukannya mencetuskan kekecohan seperti bangsa tidak bertamadun.
Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO negeri berkata, bangsa bertamadun yang maju adalah mereka yang bergerak dan hidup berteraskan kepada perlembagaan dan undang-undang.
Hari ini ada keputusan ini:
Mahkamah Tinggi isytihar Nizar Menteri Besar Perak yang sah -berita hairaniii.
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini mengisytiharkan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah, bukannya Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.
Keputusan itu dibacakan Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas), Datuk Abdul Aziz Abd Rahim, di sini, sebentar tadi.
Dalam keputusannya, Abdul Aziz berkata jawatan Menteri Besar Perak tidak boleh dianggap kosong mengikut peruntukan Artikel 16(6) Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak dan undi tidak percaya terhadapnya hanya boleh dibuat ketika persidangan Dewan Undangan Negeri.
Jika dari awal ada kesabaran dan mahu ikut serta akur akan perlembagaan tidaklah menampakkan kejahilan dan kegilaan akan kuasa.
Semua wajib patuh pada perlembagaan bukan pihak tertentu sahaja...
4 ulasan:
Setuju 100%
Dah bertukar semula dah... macam2 politik ni.
Salam.
Selamat Hari Guru, esok.
Semoga tetap guru.
Selamat hari guru.. bila nafsu mengatasi kewarasan ,maka lanun pun menjadi raja
Post a Comment