Hari ini Hari Guru

Selamat Hari Guru kepada rakan-rakan guru dan yang selalu diingatan guru-guru yang pernah mendidik saya. Jasa kalian sesungguhnya terakam sepanjang jalan kehidupan saya ini.
Hari ini juga saya menerima banyak sms mengucapkan Selamat Hari Guru, baik daripada rakan mahu pun anak didik saya. Paling awal sma diterima pada jam 7.00 pagi daripada anak didik saya.
Namun paling menarik sms daripada teman seperguruan semasa di MPLP suatu masa lalu.
Jika hari ini seorang raja berkuasa (membubarkan DUN)..."Guru Pembina Negara Bangsa"
Jika hari ini MB Nizar menang bicara...
Jika hari ini seorang speaker diheret keluar bersama kerusinya....
Semua tu la jasa guru yang biasa je macam kita.
Selamat Hari Guru 2009
2 ulasan:
Mendewa...
Menarik betul gubahan ayat cikgu ni! Saya sangat suka mendengarnya!! SELAMAT HARI GURU! :)
Menarik sungguh puisi ini jadinya. Kalau sudah namanya guru, kreativiti pasti no. 1! Hehehee
Post a Comment