Upaya Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmiah
Pelaksanaan yang terkandung dalam Pelan Induk Pembangunan Pndidikan dalam usaha memperkasakan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmiah sewajarnya diterjemahkan dalam bentuk yang lebih jelas kerana wujudnya kontra dengan pelaksanaan dasar bahasa yang berlaku di sekolah-sekolah dan juga di IPTA dan IPTS.
Di peringkat pembelajaran, penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam mata pelajaran semakin mengecil jumlahnya apabila dilaksanakan pengajaran mata pelajaran sains, matematik dan professional menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Usaha-usaha untuk menyemarakkan penggunaan dan mengukuhkan kecintaan terhadap Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi sememangnya disokong tetapi untuk menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmiah mestilah disokong kuat oleh penggunaan dan pemakaian Bahasa Melayu sepenuhnya dalam menyampaikan ilmu. Barulah Bahasa Melayu akan terus berkembang pesat dan usaha memperkayakan khazanah bahasa dalam bidang ejaan, peristilahan, kosa kata umum, tatabahasa, sebutan dan laras bahasa akan terus bercambah.

4 ulasan:
kalau bukan kita yang mendaulatkan haq sndiri siapa lagi, ade org lain kisah, bukan menolak yang lain tapi mantapkan bahasa sendiri dulu.....ini tidak bercakap melayupun sumbang didengar...malu bila ada bangsa lain yang boleh berbahasa melayu dengan lenggok bahasa dan penggunaan perkataan yg kita sendiri kurang atau tak pernah nak ambil tahu!
noorlara:
Saya setuju dengan pendirian puan.
Setuju sama sekali...Bahasa Melayulah sebagai bahasa pengantar ilmu seluruh sistem pendidikan tadika hingga universiti....Sengaja mereka ini mungkin banyak projek tersembunyi Wallah Hu Aalam.
Hakikatnya sains dan matematik bukan berasal dari Inggeris
Post a Comment