Mahu tahu dan mahu
Saya selalu mengingati saat saya mula celik IT dan seterusnya menjadi agak mahir dalam penggunaan komputer. Seawal 1988 saya mula menggunakan komputer dalam subjek Teknologi Pendidikan semasa di Maktab Perguruan Lembah Pantai.
Kemudiannya pada penghujung 1990, saya mula bertugas di sebuah sekolah di Pahang. Di situlah saya betul-betul dapat menggunakan komputer dengan sebebas-bebasnya. Meneroka pelbagai perisian pemprosesan kata dan juga grafik.
Apabila memiliki komputer sendiri pada 1996. Ketika itu juga saya turut melanggan talian internet TMnet. Melalui internet, banyak yang dapat dipelajari. Paling berharga apabila saya dapat menguasai bahasa html hanya bergurukan sumber-sumber online. Bahasa html dapat saya kuasai secara berdikit-dikit dan akhirnya saya dapat menguasainya, namun sudah tentu tidak setanding dengan kepakaran orang yang mendapat ilmunya secara berguru,berkuliah, berteori dan beramali.
Zaman sudah berubah, segala kemudahan dan akses internet semakin berkembang dan lebih banyak sumber-sumber ilmu yang dapat dikongsikan secara maya. Hanya kemahuan sahaja yang diperlukan. Inilah yang dikatakan "mahu tahu dan mahu". Berbekalkan kemahuan dan kesungguhan sesuatu ilmu itu dapat diperolehi. Kemahuan dan kesungguhan mengaplikasikan ilmu pula akan membawa kepada hasilan/pengetahuan/kemahiran baru kepada diri.
Jika tidak dipecahkan ruyung, masakan dapat sagunya
Hendak seribu daya,tidak mahu seribu helah
0 ulasan:
Post a Comment