25 April 2009

Ada apa dalam gambar tu...?


Setelah menyelongkar cd 'backup' fail-fail daripada 'notebook' lama, saya terjumpa semula gambar yang diambil di Pantai Chenang, Langkawi. Gambar itu dirakamkan pada waktu senja, seingat saya hampir memasuki waktu Maghrib beberapa tahun lalu. Ketika itu saya masih bertugas di Langkawi.

Jika diamati, akan kelihatan sesuatu yang tidak disangka sama sekali dalam gambar itu. Anda mungkin akan nampak bayangan seperti orang sedang berjalan di bahagian kiri gambar. Saya sedari setelah melihat semula gambar yang dirakam itu apabila tiba di rumah.

Apabila bertanya kepada rakan-rakan tempatan Langkawi, itu bukanlah sesuatu yang pelik. Banyak cerita tentang kisah-kisah pahlawan dahulu di Langkawi. Pantai Chenang merupakan salah satu tempat yang termasuk dalam cerita itu. Jadi, andaiannya itulah kelibat pahlawan dahulu (atau h a n t u...?).

Andaian boleh jadi macam-macam berdasarkan perspektif masing-masing...

4 ulasan:

Lumut Pagi 26 April, 2009 03:23  

bayang-bayang kan...?kan..?

erkk...

*muka cuak*

mendewa 26 April, 2009 17:56  

Lumut Pagi:
murid-murid saya juga begitu peka dengan bayang-bayang itu...

jawapan pertama mereka...hantu!

midart 26 April, 2009 21:32  

ye ke tu?sungguh tak sangka..teringat ceira shooter..heheheh

Marniyati 26 April, 2009 23:20  

Dunia ini, bukan hanya kita penghuninya. Ada alam lain selain alam manusia. Hanya hijab yang ada menghalang kita melihat alam lain dengan jelas. Sesekali dapat melihat, bersyukurlah kerana itu kelebihan yang Allah beri. Kalau syaitan atau hantu sekalipun, syukur juga kerana mereka tidak mengganggu. Hehehe..

  © Blogger template 'Personal Blog' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP