20 March 2009

Ujian Buka Buku

Tiga hari ini (17-19/03) ramai cikgu yang menduduki peperiksaan PTK (Penilaian Tahap Kecekapan). Macam-macam hal tentang PTK ni. Dari awal pelaksanaannya hinggalah kepada beberapa penambahbaikan dilakukan, tetap tidak sunyi daripada menjadi bualan dan polemik.

Peperiksaan kali berkonsepkan 'open book test'. jadi cikgu-cikgu dibenarkan membawa buku rujukan. Ini juga menimbulkan persoalan apabila terdapat arahan dan kebenaran yang berbeza-beza di antara pusat peperiksaan. Ada juga rungutan tentang surat pekeliling yang memaklumkan perubahan itu yang diketahui beberapa hari sebelum peperiksaan.

Saya juga menduduki peperiksaan dengan berbekalkan sebatang pensel dan pemadam sahaja. Saya mana ada buku rujukan! Nasib baik ada "pak cik Google" yang tidak jemu membantu saya mengulangkaji di saat-saat akhir.


4 ulasan:

Lumut Pagi 20 March, 2009 12:38  

Buka buku semasa ujian?
Saya sukar sekali berdepan ujian begini.Lagi dibelek, lagi cemas dibuatnya...

**selamat ya atas ujiannya**

mendewa 20 March, 2009 12:51  

Lumut Pagi: Saya pun tidak membawa apa-apa buku. Jawab saja...jawapannya ada. Soalan objektif 40 soalan saja (1 jam).

Kalau soalannya berbentuk esei, buka buku pun sukar untuk membantu...lagi buntu mungkin jadinya :)

guru_cikgu 21 March, 2009 07:44  

Sempat ke nak buka buku waktu periksa?

Saya tak dan daftar sbb keputusan Kursus PTK3 tak keluar lagi waktu tu.

mendewa 21 March, 2009 10:20  

guru cikgu: Tahniah dah PTK3...pulun sakan tu. Saya masih TK2.

Nak buka buku tu sempat. Caranya jawab dulu mana yang tahu. Masa 25/20 minit terakhir boleh buka buku untuk mendapatkan kepastian soalan yang belum dijawab.

  © Blogger template 'Personal Blog' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP