Orang Melayu dari sisi Swetthenham
Frank Swetthenham atau nama sebenarnya Frank Athelstane Swetthenham adalah salah seorang pegawai kolonial British yang terkenal dalam zaman penjajahan British di Tanah Melayu. Melalui tulisan Swetthenham, orang-orang Melayu digambarkan pendek, kuat bekerja, mempunyai rambut hitam yang lurus, kulit yang kecoklatan, hidung dan bibir yang tebal, dan mata yang bercahaya, baik sopan, dan suka menolong, tidak pernah merendah diri,tidak ramah, dan curiga terhadap orang asing.Namun sikap tersebut tidak ditunjukkan dengan jelas. Orang Melayu juga sangat tabah dan bertanggungjawab terhadap pekerjaan.
Beliau juga menggambarkan orang-orang Melayu bijak bercakap dan gemar menggunakan pepatah atau perumpamaan. Mereka kelihatan bijak, suka berjenaka dan suka mengambil tahu hal jiran, tidak minum arak dan jarang merokok. Orang Melayu juga kuat berpegang kepada ajaran agama Islam. Mereka juga gemar dengan aktiviti bersukan seperti berlaga ayam, memburu, dan mengadakan perlawanan persahabatan.
Di sebalik itu, Swetthenham juga menjelaskan sikap-sikap buruk yang dimiliki oleh orang Melayu seperti tamak, percaya kepada tahyul, boros, suka berhutang, sukar membayar hutang, dan adakala sering menimbulkan fitnah kerana sering mengambil tahu hal jiran. Orang melayu juga sering dikaitkan dengan amuk. Ini kerana mereka suka menyakitkan hati dengan cacian dan cara untuk menghilangkannya adalah dengan membalas dendam hingga berlaku pertumpahan darah. Mereka akan menggunakan pelbagai ikhtiar untuk membalas dendam. Kehendak untuk membalas dendam ini selalunya membawa kepada kejadian amuk.
6 ulasan:
Hmmm...belajar dari kritikan bangsa lain walaupun kebanyakannya prejudis dan pemerhatian semata-mata.
wah, takjub.
tapi bahagian
1) "tidak pernah merendah diri"
bagaimana dengan "ikut resmi padi"
2) "tidak ramah"
mcm mane dengan "ringan mulut"
semakin menghargai warisan para moyang, terutama kata-kata halus.
"hutang darah misti dibayar dengan darah"
bayan: sejarah kita banyak dicatat oleh penjajah. Kita juga terpaksa merujuk bahan-bahan yang masih banyak dalam simpanan dalam negara yang menjajah kita.
Walau prejudis tapi itulah yang digunakan oleh penjajah untuk memecahbelahkan masyarakat kita dari dulu dan kini kaedah itu masih digunapakai oleh kebanyakan ahli2 politik kita.
Dalam kajian kualitatif, pemerhatian merupakan antara aspek kajian yang boleh memberikan data-data kajian...Hal ini juga disokong oleh Prof. Asmah dalam kajian2 bahasa yang dilakukannya...
Melayu dulu dan Melayu sekarang tentu ada bezanya, bukan? hmmm...
situkanghambar: satu aspek yang menarik untuk diamati dan diperhalusi...peribahasa cerminan bangsa...tentu banyak kontra dan pro.
sangat menarik dedahan pemahaman orang luar mengenai kita.
mungkin bucu-bucu yang terlepas pandang wujud.
teruskan dengan dedahan. lahir sebagai "kita". kami bangga.
Frank Swetthanhem menggambarkan watak orang-orang Melayu bukan sahaja dari minda dan matannya, malah dari misainya yang subur itu juga.
Post a Comment