03 March 2009

Sidang bawah pokok dan demokrasi

Hari ini bangunan lambang demokrasi
di sebuah negeri yang bergolak hari-hari
dikunci dikawal rapi dari dihampiri
menghalang sidang dewan undangan negeri

akhirnya tiada pilihan lagi
dua batang pokok dipilih memayungi
sebuah sidang dewan undangan negeri
mencatat sejarah demokrasi

Teringatlah kisah Laksamana Do Re Mi

Jika terjumpa ular tedung,
Carilah buluh kayu pemukul;
Berani buat beranilah tanggung,
Tangan menjinjing bahu memikul.

6 ulasan:

Anonymous 04 March, 2009 13:39  

natijahnya kelak perlembagaan negeri akan jadi haru biru
masing-masing boleh tafsir ikut 'suka aku'

guru_cikgu 05 March, 2009 00:02  

Biarkan....Biarkan terus berlaku ....dan berlaku....dan berlaku peristiwa baru. Biar rakyat matang membuat tafsiran, yang mana kaca dan yang mana intan ( marah sebab ramai keluarga saya di sana. Mereka kecewa dengan apa yang terjadi)

mendewa 05 March, 2009 13:22  

anonymous: saya percaya kebenaran tetap ada. Satu pihak memang benar dan sah dari sudut perlembagaan manakala satu lagi tetap mahu berkuasa dengan apa cara sekali pun.
Paling baik pulanglah mandat kepada rakyat melalui pembubaran DUN dan proses demokrasi ditegakkan semula.

guru_cikgu: Jangankan keluarga sdra dan rakyat di Perak saja yang marah, masyarakat kita juga muak dan sedang menonton tercariknya perlembagaan akibat kerakusan kuasa kumpulan yang tidak berani berhadapan dengan rakyat melalui pilihanraya lagi.

mendewa 05 March, 2009 13:32  

WAN NORIZAN BIN WAN OTHMAN 05 March, 2009 17:44  

PERAK NEGERI DUA BUTIR PASIR

MAKA PEMIKIRAN ALLAHYAYHAM TAN SRI P RAMLEE MEMANG HEBAT

Lumut Pagi 10 March, 2009 06:42  

Mungkin 'pokok' sedang berbicara dengan mereka. Semoga 'pokok' membuka 'pancaindera' mereka agar lebih telus memikirkan bukan sahaja sekitar 'dunia' mereka, malahan kepada seluruhnya..

alahai "kepala pokokku"..

  © Blogger template 'Personal Blog' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP