
Kebiasaannya yang berjaya akan dijulang dan diucapkan tahniah.
Sedangkan yang tidak cemerlang dan gagal juga perlukan dorongan dan bimbingan hala tuju yang perlu dilalui...
Saya kongsikan pandangan sahabat saya, Dr. A seorang pensyarah di IPG.
Saya minta maaf sekiranya bicara saya ini menyinggung sesetengah pihak.
Apakah A? Pandai, Bijak. Baik, Pintar ?. Setiap kali keputusan peperiksaan keluar kita dihidangkan dengan keputusan pelajar-pelajar kita yang mendapat semua A. Kitalah orang yang paling bangga apabila murid-murid kita mendapat semua A.
Mengikut kajian, keputusan yang cemerlang, terbilang, gemilang tidak menjamin seseorang itu berjaya dalam dalam kejaya mereka. Kecemerlangan akadamik belum tentuk menjadikan seseorang itu mempunyai pemikiran yang kritikal (critical thinking) yang mana dapat menyesuaikan diri meraka dalam apa juga keadaan.
Kita tidak mahu 'academic system' kita hanya melahirkan insan yang hanya pandai dan bijak dalam akadmik tapi tidak melahirkan insan yang menyumbang kepada agama dan bangsanya. Kita tidak mahu anak-anak kita mempunyi sikap self centered' pentingkan diri sendiri,. Tidak tahu hormat orang tua, jiran, masyarakat dan bangsanya dan paling menyedihkan ialah masyarakt kita sekarang hanya mementingkan periuk nasi sendiri sahaja , inilah yang berlaku kepada pemimpin kita. Kita tidak mahu akan-anak kita jadi pemimpin yang sedemikian. Oleh itu marilahbersama-sama mendidikan anak-anak kita agar menjadi seorang insan ( a person ) bukan sahaja cemerlang dalam akademik tetapi cemerlang dari segi sikap murni dan agamannya.
8 ulasan:
ya betul tu. keputusan akademik yg cemerlang bukan tiket tuk berjaya dalam kerjaya.banyak lagi bab² selain akademik perlu dipelajari.oh malaysia tanahairku.
Sosialis - mahukan kejayaan dibahagi sama rata tanpa mengira atarbelakang atau kekayaan. Jadinya, mereka akan lakukan apa sahaja demi memenuhi kehendak itu.
Apabila semua cemerlang, kita harus mengambil kira hal lain untuk melihat adakah cemerlang itu benar-benar cemerlang secara luaran [sistem] atau dalaman [nilai].
Yang ada sekarang cuma cemerlang sistem. Nilai 'kosong'. Siapa yang mahu mengisi? Akar budaya bangsa atau sistem kapitalis?
Mr PenyuBiru: Falsafah Pendidikan kita memang menyeluruh. Sistem pendidikan kita masih terbelengu dengan sistem peperiksaan...jadi kecemerlangan yang lebih difokuskan...Maka kita diuar-uarkan dengan berapa banyak pencapaian A, % lulus dan siapa pelajar terbaik. Sedangkan kita lupa kenapa masih ramai yang tercicir dan tidak menguasai 3M.
psittacula: Cemerlang sistem?...sistem sering dimanipulasikan. Bermakna kecemerlangan juga dimanipulasikan. Memang telah dipertikaikan oleh banyak pihak dan baru-baru ini juga dipersoalkan lagi.
Saya bersetuju dengan mengutamakan pengisian nilai dan mengurangkan tekanan belajar untuk peperiksaan. Jika benar-benar dilaksanakan, insyaallah suasana pembelajaran akan lebih menyeronokkan dan pelajar juga tidak terbeban dengan peperiksaan.
:D saya masih jadi pelajar dan sangat rindukan sesi pembelajaran yang menyeronokkan~
lagi mudah faham dan ingat~ ;)
s.c.h.u.l.t : belajar memang menyeronokkan apabila sesi pemelajaran tidak memberi tekanan.
TEPAT APA YANG CIKGU KATAKAN DI SINI. FORMULA INILAH MESTI DIPERHALUSI DAN DIGUNAPAKAI SELURUH PENDIDIKAN NEGARA TIDAK HANYA MENGUKUR PADA KEPUTUSAN PEPERIKSAAN DI ATAS KERTAS SEMATA. DI SINI JUGA SAYA INGIN MENYERU BUKALAH BUKALAH MINDA CUKUPKAH KITA SEKADAR BELAJAR TEORI SEMATA BANYAKNYA. TIDAKKAH KITA PATUT SEIMBANGKAN SEBAIKNYA ANTARA TEORI DAN PRAKTIKAL ITU SENDIRI DALAM SETIAP ILMU DAN WAJIB DITERAPKAN DENGAN NILAI2 ISLAM SEJATI. BENARKAH INI CIKGU
Ya! saya setuju! Keputusan A bukan pengukur kepada segalanya. A hanya tertera pada kertas ujian, boleh di banggakan, boleh war-warkan. Tapi ada tak kayu pengukur untuk EQ dan SQ?
Di sini saya juga ingin menyeru jika kita muslim betul ingin berjaya menjadi perniaga2 berjaya kunci utama adalah penciptaan. Penciptaan mesti diterapkan dari awal lagi tadika hingga universiti dengan pendekatan paling berkesan. percayalah........
Post a Comment