Lebih baik Bahasa Malaysia digunakan dalam P&P Sains dan Matematik
Hari ini saya didatangi pelajar-pelajar yang akan mewakili sekolah dalam pertandingan debat ala parlimen.
Tajuknya berkisar tentang pelaksanaan PPSMI. Isu yang hangat sekarang selepas kejayaan demonstrasi rakyat yang ditunjangi oleh Gerakan Mansuh PPSMI (GMP).
Saya difahamkan pasukan debat ini akan menjadi pembangkang dalam perdebatan isu tersebut. Bermakna mereka menyokong pelaksanaan PPSMI. Nyata dari raut wajah mereka saya dapat melihat keresahan mereka untuk mencari hujah yang meyakinkan dan tidak mampu untuk dibidas lawan.
Saya sendiri tiba-tiba berasa sukar untuk memberi isi-isi yang begitu kukuh untuk menyokong pelaksanaan PPSMI. Seingat saya, hanya beberapa pihak saja yang menyokong pelaksanaan PPSMI ini, antaranya Prof. Agus dan sebuah NGO yang dikenali sebagai PAGE. Saya buntu seketika...carian di Google dan Yahoo juga tidak banyak membantu pasukan yang menyokong pelaksanaan PPSMI.
Yang pasti hati kecil dan jiwa saya tetap mahukan bahasa Melayu digunakan dalam p&p sains dan matematik.
Yang pasti hati kecil dan jiwa saya tetap mahukan bahasa Melayu digunakan dalam p&p sains dan matematik.

9 ulasan:
Menyokong PPSMI?Apa hujahnya?
Aduh..
Saya 'luka' kerananya. Bagaimana bisa berhujah andai 'luka' masih berdarah. Merah. Laju keluarnya. Apapun, mungkin bisa saya kongsikan.
"Melihat kemajuan dari dalam kotak mereka, bangsa penjajah, pemilik 'sah' bahasa yang menjadi medium pengajaran kini. Berbahasa mereka, memajukan bangsa. Mengangkat tinggi darjat bangsa."
Begitulah. Kurang lebihnya. Apapun, yang nyata, hati saya ditawan olehnya; bahasa kelima besar di dunia..
*senyum manis*
Lumut Pagi: Sukar untuk difaham sepintas lalu maksudnya....
Kita tidak menolak peri pentingnya menguasai BI. Pengajaran BI perlu dimantapkan dan dimurnikan agar pelajar berupaya berkomunikasi untuk menghadapi realiti.
tentu susah bagi penentang untuk mengiyakan sesuatu yg ditentangnya..tips bagi soalan ini, cuba menjadi ketua pengarah pelajarn! atau menteri yg bertanggungjawab, wpun risiko tewas dlm debat mmg ada...ttp hujah yang di beri tidak lari dari tujuan asal ppsmi..
Sila layari blog saya untuk mendapat hujah pro dan kontra berkaitan PPSMI..dengar hujah Prof Dr Awang Sariyan dan Tun Dr Mahathir
http://galusbm.blogspot.com
msa & anonymous: Terima kasih atas makluman. Anak murid saya sudah membacanya.
sejarah membuktikan juga akan kewujudan istilah bahasa Melayu itu sendiri tidak mungkin seperti istilah bahasa Malaysia yang diguna pakai sekarang ni.
D'Rimba: Betul tu...sudah terang lagi bersuluh tentang kewujudan istilah bahasa Melayu dan bahasa Malaysia.
Agak teruja untuk saya mengetahui apa hasil perdebatan ini.. Mungkin boleh dikongsi?
Marniyati:
Saya juag tidak berkesempatan untuk bersama pasukan debat berkenaan kerana menghadiri majlis lain pada hari itu.
Khabarnya pasukan debat sekolah saya masih mampu berhujah dengan isi-isi yang baik, tambahan pula hujah pasukan lawan juga kurang mantap walaupun dari segi isi dan hujah memihak kepada mereka. Mungkin kurang membaca atau mengikuti perkembangan terutamanya secara dalam talian.
Post a Comment