Awas, guru kerjaya yang berisiko tinggi!
Benarkah golongan yang terlibat dalam profesion perguruan antara yang berisiko tinggi untuk mengalami tekanan mental? Antara petikan faktor-faktor yang dipaparkan dalam Kosmo berkaitan isu ini ialah bebanan kerja sebagai guru semakin kompleks kerana selain mengajar, mereka juga terpaksa menyediakan soalan-soalan peperiksaan dari semasa ke semasa, mengisi buku kedatangan, buku disiplin dan ringkasan mengajar, borang kesihatan dan rekod kemajuan murid, kelab dan persatuan, serta mengendalikan persiapan hari sukan. Kajian oleh Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) pula mendapati 70 % daripada 9,000 guru di seluruh negara (mungkin subjek kajian sahaja, bilangan guru adalah lebih ramai lagi) tertekan bukan sahaja kerana beban tugas tetapi juga terpaksa berdepan dengan kerenah pengetua, kerani, ibu bapa dan juga pelajar.
Itu satu aspek yang berkaitan dengan tugas dan tugas yang di luar bidang tetapi sudah menjadi rutin. Satu aspek lain yang mungkin sengaja diketepikan adalah berkaitan sistem gaji yang masih menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan guru yang menyambung pelajaran seperti kumpulan DG2941, guru-guru yang memiliki sarjana dan phd. Ini juga menjejaskan motivasi diri mereka setelah berusaha meningkatkan profesionalisme.
Saya masih teringat pesan guru saya sewaktu di SM Jitra (sekarang SMK Jitra), cikgu Mashitah, katanya:
kalau nak seronok dengan kerjaya kita, jangan fikir soal berapa yang kita akan dapat (gaji), tetapi fikirlah sejauh mana kerja kita menjadi satu ibadat untuk diri dan orang lain..."Ada juga yang menggambarkan guru adalah segalanya di sekolah...
dialah cikgu, kerani, bank, polis, trafik, bomba, juruteknik, jurulektrik, tukang paip, peguam, hakim, doktor, tukang cuci, tukang kebun, posmen, petani, tukang cat, tukang masak, jaga, akauntan dan sebagainya... Banyaknya tugas yang guru lakukan dalam sehari, seminggu,sebulan, setahun dan bersilih tahun hinggalah persaraannya...
Sampai hari ini, saya masih mengingati pesan itu, tetapi saya juga insan yang adakala terjejas juga emosinya...Alhamdulillah masih terkawal mentalnya.
Gembira ria atau muram durja di dalam dunia ini hanya menurut kaca mata orang yang memandangnya.
7 ulasan:
seme keje ade risiko, samada banyak atau skit.
Mendewa,
Salam,
Memang banyak "tekanan" yang dihadapi di sekolah. "Tekanan" sudah menjadi salah satu komponen risiko yang mesti dihadapi oleh guru di sekolah.
Barangkali nanti dalam kurikulum latihan perguruan, akan ada pula subjek "pegurusan tekanan".
Selama tiga puluh tiga tahun saya menjadi guru. Setiap merancang dan memulakan hari persekolah, saya mesti menguruskan minda dan diri saya terlebih dahulu sebelum saya menguruskan perkara-perkara yang lain.
Dengan demikian, saya lebih tenang menjdi guru dan terus gembira menjadi guru.
Sesungguhnya kerjaya guru itu satu ibadat.
Jasa cikgu terlalu banyak..sukar dihitung..apa lagi dibayar..selamat ya cikgu..:)
Mr PenyuBiru: betul tu, tambah sikit- yang penting rezekinya halal dan kerjanya menyenangkan hati...
Cikgu Wahab: guru-guru harus bersedia dan sedar bahawa mereka juga perlu bekerja di bawah tekanan. Guru perlu setkan minda ke arah itu.
Lumut Pagi: budi baik di kenang juga...yang penting doa kita untuk cikgu-cikgu selalunya ada...siapalah kita tanpa tunjuk ajar cikgu.
salam,
kenapa saya tidak menjadi peserta kpli?
a) untuk menyimpan rambut panjang.
b) gusar di campak di kawasan hulu
c) elaun guru agak tebal, takut keliru antara elaun dan tanggungjawab.
d) maleh nk g keje pakai kekemas, (masuk baju dlm seluau)
e) sikit hari nanti masuk la.(huhu..)
situkanghambar: jangan jadi guru kerana terpaksa...carilah tugas yang sesuai di jiwa agar keseronokan bekerja sentiasa terasa.
terima kasih memberi dokongan
Post a Comment