2 kejayaan yang gemilang
1. Muhammad Ahmad Zahid al-Hafiz, 13, telah dipilih sebagai TOKOH MAULIDURRASUL 1430H kerana menjulang nama negara di mata dunia...mendapat didikan dari sebuah Ma'ahad Tahfiz bukan milik Kementerian Pelajaran Malaysia.

2. Nik Nor Madihah Nik Mohamad Kamal, 18 , pelajar Maahad Muhammadi Perempuan, Kota Bharu, Kelantan, mendapat 20A (19A1, 1A2) merupakan PELAJAR TERBAIK SPM 2008 peringkat kebangsaan...juga bukan anak didik Kementerian Pelajaran Malaysia (Maahad Muhammadi di bawah kelolaan Yayasan Islam Kelantan (YIK)).
Alhamdulillah.
Tahniah kepada Muhammad Ahmad Zahid al-Hafiz , 13, dan Nik Nor Madihah Nik Mohamad Kamal, 18, atas usaha dan kejayaan cemerlang.
Tahniah kepada ibu bapa, guru-guru dan sekolah yang merintis usaha kepada kejayaan mereka.
Aduhai...warga pendidik KPM...ini di antara cabaran besar buat kita..

3 ulasan:
Guru yang mengajar Nik Nor Madihah dan pelajar lain yang cemerlang dari sek. tersebut dipinjamkan oleh Kementerian Pelajaran. Mungkin ada ramuan dan teknik yang boleh kita pelajari dr Cikgu Mohd Razali Konok.
cikgu tu tak mengajar pun pelajar berkenaan...dia yang menjadi jurucakap.
guru-guru di sekolah tersebut asalnya memang mengajar di situ, kemudian diserap apabila SAR diambil alih oleh kerajaan (guru2 SAR diberi kursus dan dilantik). Jadilah mereka guru2 KPM.
Apapun tahniah nurmadihah kerana masih mengungkapkan terima kasih kepada cikgu atas kejayaan anda.
guru_cikgu: Pendekatan dan pengajaran guru memainkan peranan penting selian kemampuan dan keinginan pelajar. Berdasarkan rekod kecemerlangan sekolah tersebut memang ada rahsia yang patut kita perolehi daripada cikgu-cikgu di sana.
rabuan: selagi bergelar guru dan dipanggil cikgu...tentu mengharapkan kejayaan anak asuhnya di dunia dan akhirat.
Post a Comment