Sambil menyelam minum air
Hari ini sewaktu memandu, saya dapat melihat ragam pemandu/penunggang motosikal yang sudah menjadi 'kebiasaan' walaupun menyalahi undang-undang jalan raya.
i. Memandu sambil ber'sms' / berbual-bual di telefon bimbit.
ii. Menunggang motosikal sambil ber'sms.
Membahayakan! (mungkin pada saya yang melihat), tetapi tidak pada mereka yang melakukannya kerana masa begitu berharga mungkin untuk menyelesaikan beberapa hal sekaligus.
Begitulah sikap kita- banyak yang mahu dilakukan dalam satu-satu masa. Sedangkan kita boleh membahagi-bahagikan masa untuk keselesaan diri sendiri dan juga orang lain.
2 ulasan:
Banyak dah jumpa dan banyak dah terkena kesannya.
Jika kesuntukan masa pun, tidak praktikal menggunakan hp atau menghantar sms ketika sedang memandu. Apatah lagi menunggang motorsikal sambil bersms. Hmmm...
Jika tidak fikir diri sendiri pun, fikirkan orang lain yang mungkin akan 'mati' kerana kelalaian kita. Kan?
psittacula: masyarakat kita memang selalu suka mengabai peraturan dan keselamatan diri...mungkin itulah 'budaya' hidup sesetengah kita.
Kita marah apabila dikatakan tidak berdisiplin, marah lagi apabila dikatakan tidak mengutamakan keselamatan...
Dan kita akan terdiam apabila sesuatu yang tidak diingini berlaku akibat kelalaian kita...tapi tidak juga timbul keinsafan selepas itu...Masyarakat kita memang begitu agaknya...
Post a Comment