15 January 2009

PPSMI: Prestasi melonjak dan menurun

Sumber: Prof. Emiretus Abdullah Hassan

Dari PPSMI ke TIMSS



Apabila Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi UPSI, seorang ahli sains menghantarkan keratan blog Kit Siang mengenai kemerosotan kedudukan Malaysia dalam TIMSS (Trends in International Mathematics and Science Study), maka tindakan selanjutnya pada saya adalah menggoogle TIMSS.

Betullah, kedudukan Malaysia itu merosot. Prestasi pelajar gred 8 kita (Tingkatan 2) dalam matematik dan sains adalah seperti berikut.

Matematik
1999 = skor 519, tangga 16
2003 = skor 508, tangga 10
2007 = skor 474, tangga 20

Perhatikan, skor pelajar kita dalam sains menurun walaupun ‘tidak terlalu jatuh tangganya.’

Sains
1999 = skor 492, tangga 22
2003 = skor 510, tangga 20
2007 = skor 471, tangga 21

Yang dikritik oleh pemerhati adalah hakikat bahawa Menteri Pelajaran kita membisukan isu ini. Beliau tidaklah berbega-bega mengumumkannya seperti halnya dengan keputusan TIMSS pada tahun 2003 dan 1999. Penilaian ini diadakan empat tahun sekali.

Dan juga, Menteri Pelajaran kita tidaklah seriang mengumumkan keputusan UPSR dan PMR sebagai bukti kemantapan PPSMI.

Perkara yang menarik dalam laporan TIMSS itu adalah negara yang tidak mengamalkan PPSMI menunjukkan prestasi cemerlang. Lihat prestasi 35 negara berikut:

1. Singapura 567
2. Taiwan 561
3. Jepun 554
4. Korea Selatan 553
5. England 542
6. Hungary 539
7. Republik Czech 539
8. Slovenia 538
9. Hong Kong 530
10. Persekutuan Rusia 530
11. Amerika Syarikat 520
12. Lithuania 519
13. Australia 515
14. Sweden 511
15. Scotland 496
16. Italy 495
17. Armenia 488
18. Norway 487
19. Ukrain 485
20. Jordan 482
21. Malaysia 471
22. Thailand 471
23. Serbia 470
24. Bulgaria 470
25. Regim Israel 468
26. Bahrain 467
27. Bosnia & Herzegovina 466
28. Romania 462
29. Iran 459
30. Malta 457
31. Turki 454
32. Syria 452
33 Cyprus 452
34. Tunisia 445
35. Indonesia 427

Kecuali Singapura dan England yang bahasa di rumah pelajarnya adalah Inggeris, 10 negara yang teratas tidak datang daripada negera yang tidak mengamalkan PPSMI.

Nota: Kajian sosiolinguistik menunjukkan bahawa bahasa dalam kalangan keluarga di Singapura adalah Inggeris (Tajuddin Jaafar, 2005).

3 ulasan:

pak lang mat 15 January, 2009 17:01  

Peningkatan % sains dan matematik dlm UPSR / PMR bukan disebabkan oleh ramainya calon yang menjawab dalam BI...sebaliknya ramai yang menjawab dalam BM.

dhila 15 January, 2009 19:31  

Hal yang mana mahu mereka nafikan. Hal yang mana yang mahu kita upayakan?

WAN NORIZAN BIN WAN OTHMAN 15 January, 2009 20:21  

SALAM.....SAYA BERSETUJU...SAYA PERNAH MENGHADIRI TAKLIMAT TIMSS DI KUALA LUMPUR....PELAJAR KITA TIDAK MAMPU MENGUASAI

  © Blogger template 'Personal Blog' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP