31 December 2008

Hari ini lebih baik dari semalam

Pepatah Arab ada mengatakan:

"Beruntunglah orang yang hari ini lebih baik dari semalam, rugilah orang yang sama keadaannya hari ini dengan semalam dan celaka lah orang yang hari ini lebih teruk dari semalam."

---
Mahukan yang terbaik memerlukan usaha yang bersungguh-sungguh. Usaha pula dilakukan dengan panduan ilmu. Oleh yang demikian, asas untuk menjadi yang terbaik adalah berusaha meningkatkan ilmu. Ilmu yang dimiliki pula diimarahkan dengan amal dan takwa. Insyaallah, reda Allah akan bersama.

...mudah-mudahan kita akan sentiasa berusaha untuk menjadi yang terbaik.

30 December 2008

Berakhirnya cuti yang betul-betul cuti

Alhamdulillah. Cuti kali ini dimanfaatkan sepenuhnya bersama keluarga. Saya tidak terlibat dengan sebarang tugas-tugas rasmi kerjaya. Jadi bebaslah dari mencongak agihan masa untuk tugas. Namun kesempatan yang ada tetap digunakan untuk persediaan sesi 2009 yang akan bermula beberapa hari lagi, khususnya berkaitan p&p.

Melegakan juga apabila harga minyak diturunkan lagi tempoh hari kepada RM1.80...jadi perjalanan pulang kali ini agak menjimatkan. Turun sedikit-sedikit setelah naik banyak-banyak. Seingat saya, pada hari harga minyak negara kita diturunkan lagi itu, negara jiran (Indonesia) juga menurunkan harga minyaknya kepada RM1.50. Harap-harap akan turun lagi harga minyak kita sikit-sikit lagi...

26 December 2008

Dapat juga berblog

Dapat juga menukar layout blog ni...tapi inilah waktunya yang sesuai (2.25 am). Walaupun lembab tapi tidaklah perlu menunggu lama untuk muat turun atau muat naik bahan.




16 December 2008

Bermesra dengan gajah


Cuti-cuti di Kuala Gandah, Lanchang, Pahang pada 14 Disember lalu. Di sini terletaknya Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Taman Negara (PERHILITAN) . Syoknya bermesra dengan gajah... Boleh menunggang, memberi makan, pegang-pegang dan sentuh-sentuh serta mandi bersama gajah.

Harapkan laju rupanya macam siput

Sudah 2 minggu saya di kampung. Suasananya cukup aman dan damai. Peluang bercuti kali ini memang menyeronokkan tidak seperti hujung tahun lepas. Banjir besar melanda, tetapi kali ini cuaca cerah dan hujan hanya dua hari berturut-turut sehingga hari raya Aidil Adha.

Namun saya terasa satu kekurangan dalam rutin harian. Kegilaan saya menjengah dunia siber seakan-akan terhenti dan kadang-kadang terasa seperti kehilangan 'kekasih'...hahaha. Beberapa hari saya pergi juga kafe siber di bandar Temerloh. 23 km jaraknya untuk mengubat 'rindu yang terhukum'. Hinggalah akhirnya saya mendapatkan tmnet prepaid untuk menjengah dunia siber menggunakan talian telefon rumah. Talian 1515 tmnet!

Aduh....ingatkan laju atau paling tidak boleh tahan la...rupa-rupanya perlahan ya amat! Banyak yang mahu dikongsikan di sini, namun keadaan ini cukup membosankan...bayangkan ketika ini (2.54am) keadaannya boleh la tahan seperti kata orang utara...apapun yang penting saya dapat juga mengakses internet....huhuhu

12 December 2008

Radio

  © Blogger template 'Personal Blog' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP