23 November 2008

Kita dan tandas


Membaca rencana "Fasiliti kelas pertama, mentaliti di takuk lama - Tandas awam terus menangis" dalam Kosmo hari ini menarik perhatian saya. Pertamanya, isu kebersihan tandas sudah berkali-kali dibangkitkan, namun tidak ada suatu yang membanggakan dalam perubahan yang diharapkan. Keduanya, isu ini memperlihatkan sikap kebanyakan masyarakat kita. Pendek kata, kita amat menitikberatkan amalan kebersihan di rumah, namun apabila berada di luar sikap kebanyakan kita berubah.
Kita sudah sinonim dengan tandas yang difahami sebagai tempat membuang air. Jom kita lihat makna-makna lain bagi 'tandas'. Hasil carian kata dalam Khidmat Nasihat DBP memberikan maklumat berikut tentang 'tandas':


/........Kata.........TakrifSumber
tandas Isedikit pun tidak ada yg tinggal; habis sama sekali; habis licin: Hartanya sudah ~.Kamus Pelajar
tandas IItempat buang air; jamban: ~ lubang; ~ pam; ~ tong.Kamus Pelajar
tandas IIIpasti dan tegas; jelas; nyata: Pendiriannya ~.Kamus Pelajar
tandas III menandaskan mengatakan dgn tegas.Kamus Pelajar
tandas Itidak ada lagi, habis langsung, hilang kesemuanya: hartanya sudah ~; licin ~ habis kesemuanya; menandaskan menghabiskan sama sekali; tandus. Kamus Dewan Edisi Tiga
tandas II 1. bilik khas (di tempat awam, sekolah, pejabat, dsb) tempat membuang air (yg dilengkapi dgn mangkuk tandas, sink, dsb), bilik air; 2. sl tempat mandi (di sungai), permandian;~ curah sj tandas yg perlu dijirus dgn air utk mengalirkan najis ke dlm lubang yg ditutup.Kamus Dewan Edisi Tiga
tandas IIIJk (dgn) jelas, (dgn) pasti dan tegas, nyata; menandaskan mengatakan dgn tegas; tandes. Kamus Dewan Edisi Tiga
tandas IV†; menandas memenggal, memotong (kepalanya) : maka titah Yang Dipertuan Muda suruh tandas kepalanya, ceraikan drpd badannya itu. Kamus Dewan Edisi Tiga

Rujukan:http://sbmb.dbp.gov.my/knb/cariankata/

Sila baca rencana yang disiarkan oleh Kosmo.
----------------------------------------------------------------------------------------------------

Fasiliti kelas pertama, mentaliti di takuk lama - Tandas awam terus menangis

Oleh AMREE AHMAD dan RAIS YEOP JOHARI ahad@kosmo.com.my

SETIAP pagi, Geeta Suresh Chand membuat tinjauan mengejut bersama pegawai ke bersihan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) ke beberapa tandas awam di George Town.

Tanpa kekok, peguam wanita muda ini memasuki setiap bilik tandas termasuk lelaki sambil menutup hidung menahan nafas sebelum mencatatkan sesuatu pada buku nota hariannya.

Itulah rutin harian beliau sewaktu berkhidmat hampir tiga tahun sebagai Ahli Mesyuarat Majlis MPPP sebelum diambil alih pentadbiran kerajaan negeri baru beberapa bulan lalu.

Terkenal dengan gelaran sebagai Jamban Girl, program wajib Geeta ini sering disertai Kosmo! dan beberapa wartawan akhbar berbahasa Cina. Tiada publisiti dan liputan meluas.

“Hakikatnya tandas awam di negeri ini masih macam itu dan agak memalukan kerana banyak premis tidak diselenggara baik khasnya di kawasan tumpuan pelancong asing,” ujarnya jujur.

Ia bukan rahsia lagi malah tidak hairanlah apabila ditegur sendiri oleh Menteri Pelancongan, Datuk Seri Azalina Othman Said baru-baru ini sehingga mendapat perhatian pihak MPPP.

Biarpun Pulau Pinang merintis Hari Tandas Sedunia pada 19 November sejak tahun 2001 dan diiktiraf Pertubuhan Tandas Antarabangsa, imej tandas di negeri itu kekal juga kotor.

“Keadaan ini lebih disebabkan mentaliti rakyat kita sendiri sejak dulu lagi yang menganggap tandas mesti kotor dan jika tidak kotor, itu bukan tandas namanya,” kata Jamiah Jaafar.

Setiausaha Agung Persatuan Bilik Air Berkualiti Malaysia (QRAM) itu menegaskan, fasiliti tandas di Malaysia menyamai negara maju malah lebih baik.

Bahkan tidak ramai tahu, Malaysia ialah negara pertama di dunia yang mempunyai standard tandas sendiri sejak tahun 2005 dan diiktiraf oleh Pertubuhan Standard Antarabangsa (ISO).

“Piawaian tandas kita menjadi rujukan negara maju dan dunia Islam kerana direka bentuk sesuai untuk semua pengguna termasuk golongan orang kurang upaya,” jelas beliau lagi.

Malangnya Pengurus Kanan Komunikasi Korporat Harta Maintenance Sdn. Bhd. itu, firma kebersihan awam ternama ditubuhkan tiga dekad lalu; masih kecewa dengan isu tandas.

Punca utama ujarnya, ialah mentaliti masyarakat yang tidak menggunakan tandas mengikut cara sepatutnya biar canggih macam mana sekali pun reka bentuk unik bilik air tersebut.

“Mungkin sudah tiba masa digubal peraturan ketat untuk penggunaan tandas awam di negara kita atau tandas itu akan terus ‘menangis’ sampai bila-bila,” tegas Jamiah.

KPKT mungkin gubal akta baru tandas

SETELAH sekian lama berlembut, kerajaan mungkin terpaksa mewujudkan sebuah akta khusus mengenai kebersihan tandas awam jika pendekatan nasihat tidak lagi berkesan.

Demikian tegas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Robert Lau yang juga Pengerusi Kebangsaan Persatuan Bilik Air Berkualiti Malaysia (QRAM).

Ketika ditemui pada Forum dan Ekspo Tandas Nasional Ketiga (Natef) di Seremban, Negeri Sembilan baru-baru ini, beliau tidak berpuas hati dengan imej tandas di negara ini.

“Kita banyak berlembut namun saya sudah membayangkan akan membawa kertas Kabinet untuk mewujudkan satu arahan berbentuk akta berhubung kebersihan tandas awan,” katanya.

Mengulas lanjut, Robert menambah, selama ini Jabatan Kerajaan Tempatan di kementeriannya cuma memberi garis panduan kepada semua 144 pihak berkuasa tempatan (PBT).

Ini termasuk mengeluarkan syarat untuk tidak memperbaharui lesen operasi premis makanan yang dirujuk sebagai gred C dan D kerana didapati tidak menjaga tandas mereka.

“Justeru dengan ada akta khas ini, tandas awam dalam premis komersial mesti eksklusif sebagai tandas dan bukan tempat basuh pinggan malah ada potong sayur, ikan di situ,” katanya.

Beliau menjelaskan, akta itu turut mewajibkan tandas awam diselenggara oleh pekerja khusus secara berjadual dan bertauliah mengikut piawaian kebersihan tandas antarabangsa.

Sebagai permulaan lebih 250,000 buah premis berlesen di bawah tiga persatuan pengusaha restoran bersetuju menjalinkan memorandum persefahaman dengan kementerian itu.

“Malangnya sambutan kurang baik dan banyak beri alasan konon bisnes perlahan, tiada bajet dan kos gaji pekerja yang menyebabkan tandas mereka tidak terurus,” katanya kesal.

Menyentuh mengenai Anugerah Kualiti Tandas Kebangsaan (NQTA) yang julung kali diperkenalkan mulai tahun ini, Robert berkata sejumlah 150 penyertaan diterima untuk 10 kategori.

Anugerah unik itu diselia QRAM dan Jawatankuasa Kebersihan Tandas Nasional sejajar dengan sasaran Kabinet untuk mencapai taraf tandas sifar kotor menjelang tahun 2020.

Cara Jepun, Thai jaga tandas

JIKA anda pernah melawat ke Jepun khasnya ibu kota Tokyo, tentu anda biasa melihat bilik-bilik kecil seperti pondok telefon awam yang agak banyak didapati di setiap kawasan strategik.

Itulah tandas awam mereka yang begitu ringkas tetapi baik terurus sekali gus mendidik rakyatnya menghargai kebersihan tanpa perlu orang ramai menutup hidung atau muntah mual.

“Dulu kotor juga tetapi sekarang tidak lagi, ramai pelancong asing keliru salah faham menyangka itu ialah pondok telefon tepi jalan,” kata profesor kejuruteraan alam sekitar, Koo Ue San.

Pengasas dan pengerusi Persatuan Tandas Jepun (JTA) itu dan kini pensyarah warisan semula jadi dunia di Cyber University, Jepun berbangga usahanya sudah menunjukkan hasil.

JTA yang diasaskan pada 1985 lalu mulanya bekerja keras mendidik rakyat mencintai tandas termasuk menganjurkan pertandingan dan penganugerahan tandas terbersih tahunan.

“Kami belajar daripada negara maju lain khasnya Perancis malah JTA mereka bentuk tandas universal yang boleh diguna bersih walaupun ketika bencana gempa bumi,” ujarnya.

Hakikatnya tandas awam di Jepun, tidak lagi dianggap sebagai isu pergerakan bukan kerajaan tetapi diurus ala perniagaan dan bukan lagi bersifat nasional malah internasional.
Bahkan Ue San, graduan geografi Universiti Waseda itu memanfaatkan pengalaman dalam bidang alam sekitar dengan mencipta tandas hijau tanpa perlu prasarana terlalu canggih.

Pengalaman sama dikongsi pegawai kanan teknikal kesihatan awam, Jabatan Kesihatan Thailand, Pariyada Chokewinyoo yang mempelopori konsep tandas gembira di negara itu.

“Sejak 2005 lalu, Thailand memperkenalkan standard kesihatan, akses dan selamat (HAS) menyaksikan sekarang cuma satu peratus isi rumah negara ini tiada tandas,” katanya.

Jangan terkejut, Thailand turut melantik duta tandas termasuk dari kalangan selebriti popular tempatan selain mewujudkan kelab tandas gembira di setiap sekolah kerajaan.

Bayangkan negara itu mewujudkan perisik tandas awam yang mengintip kebersihan bilik air tersebut malah insentif pengecualian cukai kepada premis yang menjaga tandas mereka.

“Hasilnya amat baik dan kawasan yang bersih mencatatkan kehadiran pelancong naik lebih 50 peratus bahkan banyak premis bisnes merekodkan keuntungan 20 peratus,” ujarnya.

Hakikatnya kejayaan Jepun dan Thailand dalam mendidik minda rakyatnya menghargai tandas awam wajar dijadikan pengajaran kepada masyarakat kita un
Sumber: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=1123&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_04.htm

2 ulasan:

Odi aka Radiah Yusoff 25 November, 2008 20:42  

Saya akan belajar MENANDAS mulai hari ini;)kant elp it.. lernin a nu wd nid praktis ;)

plite n ez 2 un3s10, rite???

deal with dale 26 February, 2009 22:57  

saya tertarik dengan 'post' anda.
sekarang saya sedang melakukan research tentang tandas awam di malaysia.
saya perlukan komen dan pendapat dari anda tentang beberapa isu berkaitan.
bagaimana caranya untuk saya berhubung dengan anda personally untuk bertanyakan beberapa soalan.

my email : dilhafifi@yahoo.com

  © Blogger template 'Personal Blog' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP